Showing posts with label SIAKAP BAKAR BEREMPAH. Show all posts
Showing posts with label SIAKAP BAKAR BEREMPAH. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

SIAKAP BAKAR BEREMPAH


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)~ takde daun kunyit masa ni, ganti dgn bunga kantan je..
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.

Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.

Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. ~ tp aku tak perap pun.. terus bakar je.. yg takde oven, leh masak atas kuali non stick je..

Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.
** aku memang suka derhaka dr resepi asal.. bg aku, bila taruk 2 ketul kiub tomyam, aroma masakan lg bertambah mengancam dan besttt.. try la ye..

SIAKAP BAKAR BEREMPAH



Bahan-bahan:

2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil

Bahan kisar:

10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut

Cara:

Ikan siakap dibesihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.
Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.

Selamat mencuba!