Saturday 31 January 2015

AYAM PANGGANG LADA HITAM



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)

Bahan untuk diperap:

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos tiram, kicap pekat dan lada hitam)
2 sdb madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sdb halba campuran
1 1/2 sdt garam
sedikit air untuk mengisar bahan
sedikit mentega

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.

GORENG PISANG CHEESE COKLAT YANG SEDAP


Bahan-bahan :

Sebiji Pisang Tanduk.. pisang tanduk ni besar..hokayyyy.. (kalau buat 2 biji, gandakan adunan2 di bawah)
Sebenarnya selain pisang tanduk.. boleh guna pisang nangka..pisang abu.. dll.. asalkan pisang wink emoticon
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur (saiz kecil)
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning (untuk adunan warna kekuningan)
1sk mentega
Air secukupnya (jangan cair sangat dan pekat sangat)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Parutan Keju Cheddar secukupnya
Susu Pekat Manis secukupnya
Parutan coklat atau coklat rice secukupnya

Cara-cara :

Gaulkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, mentega, telur dan air sehingga sebati (air masuk sikit-sikit, takut terlebih cair).

Potong pisang mengikut ketebalan yang anda suka. Gaulkan pisang ke dalam bancuhan tepung.

Panaskan minyak dalam kuali.

Goreng sehingga agak garing (suka hati anda).

Angkat dan toskan pisang goreng . Susun dalam pinggan.

Tuang susu perlahan-lahan atas pisang goreng.

Taburkan Keju Cheddar (kalau guna cheddar yang putih, goreng pisang akan lebih terserlah).

Dan taburlah sedikit parutan coklat atau choc rice.


AYAM SOS HITAM MANIS



Bahan-bahan:

1.5 kg ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
1/2 cawan kicap
85 gm kismis hitam
1 cawan air asam jawa
gula secukupnya
2 helai daun pandan
sedikit nenas didadu
2 sudu besar daun ketumbar cincang

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas

Cara:

1. Masukkan bahan-bahan kisar kedalam blender, dan blend kan sehingga halus.
2. Letakkan garam serta kunyit ke dalam ayam dan goreng sehingga perang warnanya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar serta kismis tadi sehingga wangi. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun pandan. Perasakan garam dan masak sehingga pekat.
4. Masukkan ayam goreng dan nenas. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi panas.

MURTABAK ROTI


BAHAN-BAHAN:

4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin
Cili besar | hiris
Daun sup | hiris
sedikit cincangan daging ayam- yg telah di goreng dulu
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas

CARA-CARA:

1. Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.

2. Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.

3. Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.

4. Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)

5. Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).

6. Sedap dimakan bersama cili sos. Selamat mencuba.

KEK COKLAT BASAH/LEMBAP



BAHAN-BAHAN:

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1 cawan air panas

CARA-CARA:

Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung +serbuk koko+baking powder+baking soda+garam didalam mangkuk. Gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang..

dalam mixer pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu..

tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat.. tolong yea.. oven kite semua lain2 kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check.

Friday 30 January 2015

AYAM MASAK KUALA.

BAHAN2.
A. 20 ketul ayam digaram kunyit..dan goreng.

B.Bhn yg digoreng dgn minyak yg sedikit.
1. 20 biji cili kering
2. 15 ulas bwg merah
3. 1/2 inci halia
4. 1 sudu mkn biji jintan putih
5. 1 sudu mkn biji jintan manis

Lepas goreng blend halus.

C. 1 sudu mkn serbuk cili.

D. 4 biji bwg besar dimayang nipis dan digoreng hinnga garing

E. 1. 3 sudu mkn cuka.
2. 2 sudu mkn gula/madu.
3. 3 sudu mkn kicap.

F. 1. Sebiji tomato diptg berbaji
2. Sebiji bwg besar dipotong kasar
3. 4 tangkai daun kari.
Garam secukup rasa.

CARA MEMBUAT.

1. Panaskn myk masukkn A...n...C
2. Masak hingga naik bau masukkn E
3. Bila naik minyak masukkn A..n..D
4. Last sekali masukkn F.
5 Jangan lupa garam...sesuaikn rasa ikut citarasa puan2.


Resepi : Puan Shimah Aziz

BINGKA PANDAN



Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 50 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 15 - minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing.

PUDING CAKAR GARPU


Bahan A:
~ 1 bungkus roti tawar ( isi 12 lembar tanpa kulit )
~ 400 ml santan dari1/2 butir kelapa ( saya guna susu cair )
~ 4 kuning telur
~ 200 gm gula pasir
~ Vanila secukupnya ( tambahan dari saya )

Bahan B ;
~ 1 bungkus agar putih
~ 200 ml air
~ 200 gr gula pasir dikaramel ( kalau tidak suka terlalu manis bisa dikurangi )
~ 4 putih telur
~ Vanila secukupnya ( tambahan dari saya )

Cara membuat :

1. BAHAN A :
~ sobek2 roti lalu rendam dalam santan,
~  gula 100gr.
~ kocok kuning telur bersama gula 100 gr sampai mengembang,
~ masukkan kedalam campuran roti aduk rata. rotinya jangan sampai terlalu hancur.
~ Tuang dalam loyang segi 4 ukuran 20x20 cm yg sudah disapu mentega sebanyak 2 loyang,
~ kukus sampai masak.

2. BAHAN B :
~ Larutkan agar2 + air
~ karamel gula
~ lalu masukkan agar2 yg telah dilarutkan dg air kacau sampai semua larut dan mendidih.
~ kocok putih telur sampai mengembang. ~ masukkan campuran agar2 dan karamel yg telah mendidih ke dlm putih telur kacau rata

# ( kalau saya... putih telur saya masukkan kedalam agar2 + karamel gula ... yang sudah mendidih... lalu dikacau rata hingga menyatu dan putih telur agak matang )

~ lalu tuang di atas bahan yg telah dikukus tadi lalu ratakan.
~ setelah dingin cakar dg garpu.
~ Masukkan ke peti sejuk
~ Puding CAKAR GARPU siap dinikmati

# ( saya taburi Kismis yang sudah direndam sebentar dalam air hangat )



Resepi asal : Indon

POPIA NESTUM HORLICK



ahan-bahan

1 peket popia (jenama KG plastik warna biru)
1 cawan nestum original (blender)
1/2 cawan horlick(blender)
1/2 cawan gula halus(blender) - ..
1 biji putih telur

Cara-cara

Ambik sekeping popia dan disapu putih telur di setiap permukaan kulit popia, kemudian gulungkan.

Gulung secara menegak atau menyerong dan jangan terlampau halus gulungannye, gulung besar-besar sedikit..

Gunting secara menyerong dan goreng jangan sampai rentung pulak. Ketepikan.

Bila semua dah digoreng, masukkan popia kedalam bekas yang berisi nestum, horlick dan gula halus yang telah diblender sebelum ini....senang kan..emmm

NASI TOMATO


Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.

Nasi Tomato II

Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

TALAM SERI MUKA PANDAN





Bahan2 Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.

Bahan2 Lapisan Atas:

Bahan A
250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang

DAGING MERAH


Bahan-bahannya:

600 g daging - direbus hingga empuk serta dihiris nipis-nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
only two biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
only two sudu makan cili kering kisar
only two sudu makan cili sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pewarna merah
Daun bawang - dipotong 1 inci
daun sup - diracik

Cara Masak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
only two. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili serta sos tiram. Gaul rata.
several. Masukkan garam serta perasa. Gaul rata.
5. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, cili hijau.. Gaul rata.
6. Masukkan pewarna merah. Gaul rata.
7. Masukkan daun sup serta daun bawang. Gaul rata.
8. Siap untuk dihidangkan.

MIHUN SUP ISTIMEWA


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk ketumbar (kita tambah)
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan
1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging Air secukupnya rempah
3 sekawan sbg bahan tumis (kita tambah-1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang,
3 biji buah pelaga) Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur (guna meehoon)
1 ikat sawi - celur

Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara; Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar juga rempah tiga sekawan.
Tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk jintan manis, ketumbar dan serbuk lada hitam.
Kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. Masukkan air agak agaklah jumlahnya.
Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Cili Kicap
Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau 3 ulas bawang putih 3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis Garam Gula

Cara cara: Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. Nota; Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais.

Monday 26 January 2015

PATIN MASAK TEMPOYAK


Bahan-Bahan :

1 Ekor Ikan Patin-potong mengikut citarasa anda
10 Biji Cili Padi-dikisar
1 Inci Kunyit Hidup-dikisar
1Sudu Besar Tempoyak
Daun Kesum Secukupnya
2 Kuntum Bunga Kantan
Air
Garam Secukup Rasa
5 Biji Limau Nipis
2 Biji Mentimun

cara-cara
bersihkan ikan-basuh menggunakan limau nipis(untuk menghilangkan bau)
.Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar-biarkan seketika
tambahkan tempoyak-kacau hingga rata
masukkan bunga kantan, daun kesum
masukkan ikan
Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun
tambahkan garam secukup rasa.
siap untuk dihidangkan

*kalau nak lebih pedas bolehlah tambahkan cili
ok.ikan patin tempoyak ni sesuai dan sedap dimakan dengan nasi

ok selamat mencuba

STEW AYAM SIMPLE

Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji Bunga cengkih
Bunga lawang
kulit kayu manis
air
lada sulah
garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.
Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang anda nak).
Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)
Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi).
Ikut kesukaan anda samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.
Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

Selamat mencuba Koleksi Resepi Pilihan

SOTONG DAUN KUNYIT


BAHAN-BAHAN:

1 kg sotong | dibersihkan
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2.5 cm lengkuas | dikisar
4 batang serai | dikisar
20 biji cili padi | dikisar
250 ml santan pekat
125 ml santan cair

CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan cair dan bahan-bahan yang dikisar dalam kuali. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
2. Masukkan sotong dan santan pekat, kacau lagi perlahan-lahan sehingga kuah pekat.
3. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
4. Angkat dan sedia dihidang.

KARI ASAM PEDAS IKAN PARI



Bahan-bahannya

ikan pari
belacan
cili kering- dikisar
bawang merah- dikisar
serai- dikisar
serbuk kari ikan- dibancuh dengan air
air asam jawa
daun kesum
bunga kantan
daun kari
santan
kacang bendi- hiasan
tomato- hiasan

Cara Menyediakannya..
~panaskan minyak dan masukkan belacan goreng sehingga naik bau
~tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan serbuk kari bersama belacan sehingga terbit minyak
-tuangkan air asam jawa dan masukkan daun kesum dan bunga kantan dan daun kari
~seterusnya, masukkan santan, ikan, kacang benci dan tomato
~akhir sekali masukkan perasa dan tunggu sehingga ikan masak
~sedia dihidang

Selamat Mencuba

PERKEDEL KENTANG


Bahan :

1/2 kg Kentang ( dikupas ----> dicuci bersih ----> dipotong jadi 4 bagian ----> digoreng ----> dihaluskan )

1 batang daun bawang ( diiris halus )
1 batang daun seledri ( diiris halus )
3 buah cili merah keriting ( diiris halus )
1/4 bawang Bombay ( diiris halus ) ------> tak nak guna pun boleh

1/2 sdt serbuk lada
2 ulas bawang putih ( dicincang haluskan )
2 ulas bawang merah ( dicincang haluskan )
garam secukupnya
1 biji telur ( kuningnya buat campuran adonan kentang & putihnya buat bahan celupan )
Tepung Roti ( secukupnya )

CARA MEMBUAT :

~ Campur kentang yang sudah dihaluskan + irisan : daun bawang, daun seledri, cili merah keriting, bawang Bombay + lada, bawang merah & bawang putih halus + kuning telur + garam = campur dan gaul guna tangan hingga sebati.

~ Lepas tu bentuk jadi bulat panjang
~ Setelah semua adonan sudah dibentuk... celupkan satu per satu kedalam putih telur lalu guling di tepung roti ... ditekan2 LEMBUT guna tangan ( dikepal ) supaya tepung roti melekat & tidak mudah jatuh bila digoreng.
~ Kemudian goreng di minyak panas dengan api sedang hingga kuning keemasan. Jangan terlalu kacau ya ...
~ Angkat & toskan
~ Hasil = 12 biji

SELAMAT MENCUBA

Resepi asal : Indonesia

SOTONG MASAK KICAP BERLADA


bahan:

2kg sotong, siang dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
kicap cap kipas udang.. manis punya..

cara:
rebus sotong.. angkat dan toskan..
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. dn halia..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.. masukkan cili kisar..
masukkan sotong.. bawang besar dan cili hijau..
masukkan kicap.. tambah sedikit aji kalau suka..
tutup api.. sedia untuk dihidang..

NASI TOMATO RINGKAS


BAHAN-BAHANNYA

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.

Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.

Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

Saturday 24 January 2015

SATAR HOMEMADE


Bhan-bahan :-
Isi ikan
Bwg merah
Bwg putih
Halia
Kunyit idop
Cili merah
Cili api
Serai
Daun kunyit ricih halus
Kelapa parut
Telor
Belacan sikit.. Xnk buh pn xpe
Air sikit utk blend bahan
Garam,perasa n gula
Daun pisang.. Layur kejap..

Blend bwg merah,bwg putih,halia,serai,kunyit,cili merah,cili api,belacan,kelapa parut,garam,perasa n gula
Dh siap blend,tos air nya..dh siap tos,campur daun kunyit n isi ikan
Telur pukul mcm wt telur dadar..
Campurkan bahan yg tos td..
Gaul sebati..
Letak dlm daun pisang n bungkus elok n bakar mcm wt ikan bakar..

Resepi Asal : Zeti lliana

Thursday 22 January 2015

HOME MADE KIMCHII


Bahan-bahannya:
1 Biji kobis panjang
3 1/3 Cawan air
1 Inci halia
1 Biji lobak putih
2 Biji bawang
3 Batang daun bawang
5 Biji bawang putih
1 Cawan serbuk cili / cili kering yang telah ditumbuk
1 Cawan gula
1 Cawan garam
1 Cawan udang kering
1 Cawan air + 1 Cawan cuka + 1 Camca air lemon

Cara-caranya:
~Kobis dibelah empat atau lapan kemudiannya basuh bersih dan toskan sehingga benar-benar kering, setelah itu dijemur dibawah sinar matahari sehingga betul-betul layu.

~Tuang garam ke dalam air dan kacau hingga benar-benar larut. Kemudian campurkan dengan cuka dan lemon. Masukkan kobis kedalam bekas, baldi atau tupperwear jenis tinggi. Susun elok didalamnya kemudian tuangkan larutan campuran air garam ke atas kobis.

~Letakkan piring atau tudung periuk diatas kobis dan tindihkan dengan benda berat supaya kobis itu tertekan. Biarkan selama 24 jam.

~Alih-alihkan kedudukan kobis sekurang-kurangnya 2 kali dalam waktu itu. Akhirnya tahap air garam akan melebihi kobis.

~Sementara itu potong lobak ikut suka, daun bawang dan bawang. Parut halia, bawang putih dan mesin cili kering.

~Keluarkan kobis, cuci dalam air sejuk dan perah hingga keluar semua air garam.

~Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuangkan semua ramuan cili, udang kering,lobak, daun bawang, bawang, halia dan bawang putih.

~Gaulkan supaya sebati, kenakan cili sehingga ke dalam kelopak-kelopak kobis. Biarkan selama seminggu dan anda akan mendapat hasilnya. Ubah ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

**Kimchi enak dicampurkan ke dalam masak lemak cili api , dibuat sup ataupun digoreng begitu sahaja bersama tauge. Ataupun selepas dikeluarkan dibasuh dimayang halus dan dijadikan ulam.
**Selain kobis panjang, kobis biasa dan timun juga sangat enak dibuat kimchii.

KUIH GUNTING


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
2. Tuang bahan kisar kedalam tepung
3. Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
5. Buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
6. Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
7. Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
8. Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
9. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
11. Siap untuk dimakan

BEBOLA ROTI GORENG


Bahan-bahan:

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis
6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) – saya tambah
minyak utk menumis

Cara penyediaan

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.

2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .

3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

AYAM GOLEK ALA KENNY ROGERS


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (sy tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - sy gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sedikit mentega

Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (sy perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam.

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - sy guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara menyediakan:
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.