Sunday 13 September 2015

SOTONG GORENG TOMYAM KUAH ALA THAI




Bahan-bahan:
1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Kacang panjang - opsyen
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.
.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau ada kacang panjang bolehlah dimasukkan juga.

Saturday 12 September 2015

RESEPI TEPUNG BUNGKUS



Bahan-Bahan

Untuk inti:
1) ½ biji kelapa muda parut
2) 1 ketul gula melaka
3) 2 sudu makan air
4) 1 helai daun pandan

Untuk kuih:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh)
5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya

Cara:

Untuk inti:
1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.

Untuk kuih:
1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis.
2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3) Panaskan kukusan.
4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5) Tutup daun pisang dan lipat kedua - dua hujung daun seperti bungkus tapai, semat dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6) Sejukkan dan hidangkan

RESEPI TOMYAM CAMPUR



Bahan2
100g isi ayam ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan

BINGKA UBI KAYU



Bahan
1800g Ubi kayu (parut dulu baru timbang)
500ml santan pekat
400ml air paip
450gm gula
50gm susu tepung
80gm mentega
1 1/2tsp garam
Perwarna lemon yellow

Cara
Satukan semua bahan diatas kedalam periuk dan kacau atas api hingga betul2 pekat.
Maasukkan dalam Loyang dan bakar hingga masak , Loyang 11 x 11 x 2

LOKCING @ SATAY IKAN




Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:

Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)


KUIH SIPUT RANGUP




Bahan-bahan

100g mentega
2 cawan tepung gandum

Bahan untuk dikisar

1 sudu besar cili kisar Puteri
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10g udang kering (lagi banyak lagi sedap)
2 biji bawang kecil
1 cawan air
garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya

1. Gaul mentega dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti
2. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing-masing
4. Uli hingga sebati - kalau masih melekat tambah tepung lagi hingga adunan tidak melekit (adunan memang lembik sedikit sebab itu menjadikannya rangup)
5. Lenyek atas acuan kuih siput kecil-kecil
6. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dengan 2-3 tangkai daun kari.

Jom share. Dan selamat mencuba semua

Wednesday 9 September 2015

KETAM KAM HEONG



Bahan-Bahan:
1. 1 biji bawang besar - blender
2. 2 Ulas bawang kecik - blender
3. 4 sudu besar udang kering direndam – blender
4. Setangkai daun kari
5. 8 tangkai cili kering yang dipotong kecil
6. 2 sudu besar serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air
7. Sos tiram
8. Kicap pekat
9. Ketam. Ketam tu goreng separuh masak dulu ye..
.
Cara Membuatnya
1. Tumis bahan kisar sampai garing
2. Masukkkan daun kari dan lada kering yang dipotong tadi tu. Cuci dulu cili kering tu. Buang bijik.
3. Pastu masukkan la serbuk kari yang dibancuh dengan air, sos tiram and kicap pekat
4. Last sekali masukkan ketam. Siap!
.


SAMBAL BELACAN KENDURI




BAHAN
Semangkok cili padi
4 ulas bwg putih-bakar dgn kulit
3 ulas bwg merah-bakar dgn kulit
1/2 kpg belacan-bakar
15 biji limau kasturi
garam n gula secukup rasa.

CARA
blend dengan sedikit air masak/air tapis : cili api, garam, gula (lebihkan), cuka, bwg merah (buang kulit), bwg putih (buang kulit), dan belacan.

Keluarkan dan masuk dlm mangkuk.
Masukkan air limau kasturi.
Masukkan kulit limau yang dimayang nipis.
Hidangkan.


TERUNG MASAK BERLADA





Bahan-bahannya :

1. 3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
2. Cili merah - 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
3. Bawang merah - 6 biji
4. Bawang putih - 4 biji
5. Bawang besar - Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
6. Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
7. Sedikit gula dan garam

Cara Memasaknya :

Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya. Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.




RESEPI AYAM MASAK ROS PENANG STYLE



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (1.6 – 1.8 kg). Bersihkan. Potong 12
½ tin (bersaiz 225gm) `Kimball Soup Tomato’
3 sudu besar tomato puri / 1 tin kecil
½ tin susu sejat
Garam dan gula merah/gula putih secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ketulan ayam
Bahan-bahan ditumis:
1 helai daun pandan dipotong 2” panjang
2 biji bawang besar dihiris memanjang
2 batang kayu manis berukuran 2” panjang
2 batang serai dititik
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 senduk minyak masak
Bahan-bahan dikisar (A):
2 biji labu bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih
Bahan-bahan dikisar (B):
10 biji cili merah
1 batang lobak merah saiz sederhana
1 biji tomato
Bahan-bahan dikisar (C):
100 gm biji badam, direndam air panas,
dibuang kulit dan dikisar halus
Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):
1 sudu besar (table spoon) serbuk jintan putih
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis
1sudu kecil (tsp) kas-kas
1 sudu kecil garam masala
2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan yang diperlukan)
Air secukupnya untuk membancuh rempah-rempah di atas
Bahan-bahan untuk dihias atas hidangan:
Daun pudina atau daun saderi
Bawang goreng
Cara Menyediakannya:
1. Bersihkan ketulan ayam dan digaramkunyitkan. Panaskan minyak dan gorengkan ketulan ayam itu sehingga ¾ masak. Sekiranya menggunakan ayam kampong, disyorkan tidak perlu digoreng.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak gorengan ayam tadi secukupnya untuk menumis. Masukkan bahan-bahan tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan, masukkan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan, jangan sampai hangus.
3. Masukkan bahan-bahan kisar A (bawang besar + bawang putih + halia). Tumis seketika sehingga naik baunya.
4. Selepas itu masukkan pula bahan-bahan kisar B (cili merah + tomato + lobak merah) dan juga Bahan C (biji badam yang telah dikisar). Masukkan juga sup tomato, dan tomato puri. Tumiskan sehingga bahan-bahan tumisan ini mengeluarkan bau haruman. Gunakan api yang sederhana (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak ros tidak berbuih semasa dihidangkan).
5. Selepas itu masukkan pula Bahan D (pes rempah).
6. Bila kuah mula pecah minyak, masukkan ½ tin susu sejat.
7. Masukkan gula perang/gula putih dan garam secukup rasa.
8. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlan dimasukkan sedikit air. Biar sebatian mendidih seketika, kemudian masukkan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam.
9. Kecilkan api bila kuah mendidih (biasa 15 – 20 min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk dihidangkan.
10. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

SATAY AYAM







Bahan Sate Samuri
1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Untuk kuah Sate Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Cara buat sate/satay Samuri
1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit
Cara membuat kuah Sate Samuri
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala

RESEPI SARDIN GULUNG KELANTAN




Bahan-bahan

500gm tepung gandum
25gm majerin
120ml minyak masak
1/4 sudu teh garam
Air secukupnya

Putih telur sebagai pelekat

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak hingga betul2 panas. Masukkan ke dalam adunan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga rata. Masukkan majerin dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. (hati-hati dengan minyak panas ketika menguli)

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang keras.

3. Tutup dengan tuala dapur dan rehatkan seketika hingga doh menjadi lembut.

4. Canai tipis doh dan terap dengan penerap bentuk bujur yang sederhana besar, atau bulatkan dulu doh dan canai meruncing ke depan.

5. Letak inti sardin di tengahnya dan gulung hingga ke bahagian runcing, sapu sedikit putih telur pada hujungnya dan lekatkan tepinya supaya kemas.

6. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga keperangan.

Inti Sardin
---------------

1 tin sardin sederhana - asingkan sos dan ikan

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh

1/2 biji bawang besar

2 tangkai cili merah di mayang

2 sudu kecil jus limau nipis

garam dan gula secukupnya

Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Tumbuk bawang putih dan merah, panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili boh, cili hiris, kuah sardin dan bawang besar. Masak hingga layu.

3. Masukkan sardin, lenyek dengan senduk hingga hancur dan gaul bersama bahan tumis hingga rata.

4. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga inti kering.




Tuesday 8 September 2015

DAGING LADA HITAM





Menu tuk mereka yang dalam pantang...

BAHAN-BAHAN

250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris)
5 biji bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1) Panaskan minyak jagung.
2) Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3) Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4) Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

Friday 13 March 2015

APAM LENGGANG



• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 sudu kecil yis
• 7-8 sudu besar gula
• 1 cawan air
• 1 cawan santan
• 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa


Cara-cara
1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi
3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
sedap!!!

CHAI KUE




Bhn2 utk kulit..
300gm tpg beras
100gm tpg ubi
1 sd teh garam
1 sd mkn gula
600ml air panas mendidih
3 sd mkn myk msk.



Cara2;
Mskkn tpg beras,tpg ubi,ke dlm bekas.beserta garam,gula dan myk.gaul sebati.mskkn air panas td ke dlm bekas sedikit demi sedikit.gaulkn guna senduk hingga kental dan menjadi doh.ms nak leperkn doh pastikn tabur guna tpg ubi kerana doh melekit.

Bhn2 inti;
Sengkuang,daun kucai,bwg bsr,udang kering sedikit,telur,isi ayam sedikit,serbuk lada,sos tiram,myk bijan sedikit,serbuk perasa,carot,
Tumis semua tp jgn terlalu msk.

Tuesday 10 February 2015

AYAM TANDOORI


Bahan-bahannya :
● 2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil
Rempah ratusnya...
● 3 biji bawang besar
● 13 ulas bawang putih
● 2 inci halia
● 2 sudu teh garam
● 1 sudu serbuk kunyit
● 1 sudu serbuk cili
● 1 sudu serbuk lada sulah
● 1 sudu serbuk jintan manis
● 1 sudu serbuk jintan putih
● 1 sudu serbuk ketumbar
● 1 sudu serbuk kulit kayu manis
● 3 biji buah pelaga
● 1 cawan susu cair
● 2 biji buah lemon
● 2 ikat daun ketumbar
● 2 ikat daun pudina
● 2 sudu marjerin
● 2 sudu sos tiram
● sedikit pewarna merah

Cara-caranya :
1. Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

2. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.

3. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

4. Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

5. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. perap ayam ini selama 5 jam .

6. Akhir sekali bakar pada 170C selama 1 jam...

Tuesday 3 February 2015

NASI DAGANG TRENGGANU



Bahan-bahan ( 5-6 orang )
*NASI*
4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air




*GULAI IKAN TONGKOL(IKAN AYA)*
1 tin santan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia  4 cm lengkuas } di'blend'  1
5-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
6 keping asam keping  garam dan secubit ajinomoto  gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan



*ACAR*
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar  cuka, garam, gula

Cara-cara

NASI:
 Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.  




PUTU PIRING



Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam 150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:
Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.




PUTU MAYAM


Bahan-bahan

* Untuk membuat putu mayam 3 cawan tepung beras
* 1 cawan air panas
* Garam secukup rasa


* Untuk membuat kuah manis Santan dari sebiji kelapa
* Setengah kerek gula Melaka
* 3 sudu besar tepung beras (sangaikan)
* Daun pandan
* Secubit garam
* 2 biji telur – dipukul

Cara-cara

1. Buat putu Panaskan kukusan dahulu
2. Campurkan tepung beras dengan garan dalam suatu bekas
3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Gaul dan kacau.
4. Kepal-kepalkan adunan tersebut dan masukkan dalam acuan. Tekan acuan sampai putu keluar dan tadahkan menggunakan pinggan. Saiz ikut citarasa samada kecil atau besar.
5. Susun putu tersebut di dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 5 – 10 minit.
7. Boleh diangkat dan dihidang.


1. Buat kuah manis Masakkan santan dan manisan (gula Melaka) dalam satu periuk, kemudian masukkan daun pandan.
2. Masukkkan tepung beras yang sudah disangai, kacau hingga sebati. Tunggu sehingga kuah mendidih.
3. Kemudian masukkan telur dan kacau. Perlu sentiasa kacau supaya telur tidak berketul atau membeku. Kacau sehingga pekat.
4. Siap dan boleh dihidang.

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)


Bahan-bahan:-
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll


Monday 2 February 2015

ASAM PEDAS BABA NYONYA


Bhn2:
Ikn tenggiri/ ikn merah 3 keping
(Ikn laen pn blh)
Daun limau purut 3 helai
Daun kunyit sehelai
Bwg kecik 6 bj*
Buah keras 2 bj*
Cili besar 4 bj d buang biji*
Cili padi 8 bj*
( klau nk pedas blh tmbh cili)
Serai 2 btg*
Halia 1/2 inci*
Lengkuas 1/2 inci*
Kunyit hidup 1/2 inci*(blh jg gune kunyit serbok)
Semue yg bertanda* d blend hingge halus
Tomato potong 4 (2 bj)
Bendi dlm 10 biji
Buah nenas 1 cwn( hiris)

Cara2:
Masukkn air dlm 3-4 cwn dlm kuali n masokkn bahan blend. Daun limau purut n daun kunyit. Biar mengelegak. Masokkn ikan n perasekn dgn garam, gule n pk aji. Masokkn bendi, tomato n nenas. Biarkn skjp n masokkn air asam jawa dlm 1/4 cwn. Klau pekat sgt, masokkn sikit air. Siap utk d hidang. Slmt mncube...
# kuah asam lepas ini sedang2 pekat#

Resepi Asal : Kak Yati Mohd

SAGU BERWARNA



Bhn2:
3 cwn sagu d basuh n toskn
1/2 bj kelape putih
1 sdt asen vanila
Secubit garam
3/4 gule( blh tmbh n krgkn)
Sedikit gule merah yg hancur
Pewarne yg d sukai

Cara2:
Gaul semue bhn kecuali gule merah n pewarne hingge sebati. Ambek sedikit n letak kn pewarne( 3 warne)
Letaknkn sagu dlm bekas lbh krg 3/4 inci n taburkn gule merah..sedikit saje. Tutup semule dgn sagu n taburkn sagu yg dh d warne.
Panaskn kukusan n kukus dlm 15 min atau hingge sagu masak. Selamat mncube...


Resepi Asal : Kak Yati Mohd



AYAM SUMBAT SAYUR



Bhn2:
4 keping bhgn pehe ayam.di perap dgn garam, gule, pk aji n ld sulah selame 2jam.
Bwg putih 6 ulas d potong dadu kecik
Bwg holand 1/2 bj d dadu kecik
Karot 1/2 btg d dadu sedang
Capsicum merah n hijau d dadu sedang (dlm 1/2 cwn)
Bayam 1/2 ikat d rebus dgn air panas mengelegak(bbh sdikit minyak n garam dlm air panas) Angkat bayam n celup dlm air paip. Perahkn airnye n potong pendek bayam.
Cendawan butang( dlm tin) 6 bj d potong dadu.

Cara2:
Tumis bwg putih hingge kekuningan n masokkn bwg holand. Masak hingge layu, masokkn karot n endawan butang. Gaul sebati n masokkn capsicum. Gaul2 kn dlm 2 min, tutup api. Campurkn dlm bayam yg dh d rebus td. Biar suam baru bbh mayonis. Perasekn dgn ld sulah n gule. Gaul sebati.
Letakkn inti pd ayam n tutup bg sayur x kluar dgn lidi.
Pnskn kuali, gune mnyk sikit n grg hingge ayam masak. Gune api kecik. Hiris ayam n blh d mkn brsame sos cili or begitu saje. Slmt mncube...
# blh jg gune bhgn peha n kepak ayam. Pastikn tulang d ambil kluar. Bg yg x suke mayonis, x perlu bbh ape2 dlm sayuran, cume hndklh d perasekn dgn garam, gule sikit, pk aji n ld sulah.#

Resepi Asal : Kak Yati Mohd

DAGING LADA HITAM


Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan Hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.