Tuesday 23 December 2014

KARI KEPALA IKAN






Bahan-bahan

2 biji bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
2 bungkus rempah kari ikan
1 sudu besar halba campur
8-10 biji kacang bendi
2 biji tomato
1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil pes asam jawa
garam secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1.Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.
2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
3.Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
4.Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
5.Kemudian  masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
6.Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
7.Siap dan hidangkan.

KUAH SIZZLING





BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
3 ulas bawang putih-dicincang dadu.
2 hirisan halia.
1 kiub ayam.
1.5 liter air.
5 sudu makan minyak masak.
3 sudu kecil garam.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
5 sudu kecil gula.
5 sudu kecil serbuk perasa.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
3-4 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuah(harus di bancuh dengan air)


CARA-CARA MEMASAK: STOK KUAH SIZZLING.

Mula-mula, panaskan minyak dengan api yang sederhana dan tumiskan bawang putih sebentar,kacau sebentar.

Bila bawang agak kekuningan, masukkan halia dan terus kacau sehingga bawang putih menjadi garing (jangan sampai hitam).

Masukkan air dan terus rebus hingga mengelegak.

Anda juga boleh masukkan tulang ayam untuk lebih kaww!

Seterusnya masukkan bahan-bahan lain spt; garam,gula,serebuk perasa dan kiub ayam.

Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Selamat mencuba..

AYAM KAM HEONG




Terdapat pelbagai menu masakan cina muslim yang boleh anda cuba jika sesekali ingin menukar selera.Salah satunya ialah masakan ayam ini yang di beri nama 'Ayam Kam Heong'.Kalu di amati ia seakan-akan masakan ayam masak merah.Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan:

500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
60 gm tepung gandum
4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Gaulkan ayam bersama tepung dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.

Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.

Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.

Masukkan garam, gula dan angkat.

Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

BEBOLA SARDIN






Tiada idea untuk menyediakan hidangan petang buat suami or anak-anak?Di sini saya syorkan satu resepi mudah iaitu Bebola Sardin.Resepi ini sangat mudah di sediakan dan pasti anak-anak menggemarinya.Jom kita lihat caranya.

Bahan-bahannya

1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara menyediakannya

Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.

Sudah siap hidangan petang anda.Bagi anak-anak saya mereka gemar makan begitu sahaja.Anda boleh tambah kepedasan dengan tambahan cili jika mahukannya.Boleh juga di masukkan ke dalam sup sebagai tambahan.

AISKRIM GORENG





Kalau tiada idea untuk minum petang,bolehlah anda cuba buat aiskrim goreng.Mudah saja.Bahan bahannya pun senang.Jom tengok caranya bagaimana.

Bahan bahannya.
1 bungkus roti 
Serbuk Roti agak2 je 
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa) 
4 biji telor (Dipukul)
Air kosong - sikit je 
Minyak untuk mengoreng

Caranya
Ambil sekeping roti dan basahkan sedikit dengan air kosong.Kemudian masukkan aiskrim kedalam roti tadi dan di tutup.Anda boleh jadikan bentuk bulat ataupun gulung memanjang.Golekkan di atas telor yang sudah di pukul.Kemudian salut dengan serbuk roti(dengan cara menggolek di atasnya).Kemudian goreng di dalam minyak panas hingga agak garing dengan api yang kecil.
MUdah sahajakan,sedap pula.Makan dengan kopi o panas pun sodap,,,Selamat mencuba.

Monday 22 December 2014

GULAI SIPUT SEDUT




Bahan-bahan;
Sekilo siput sedut (Ibu guna hat laut)
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan 500ml
2 batang keladi
2-3 batang serai
Segenggam ikan bilis

* Siput dicuci kemudian dipotong hujungnya. Seeloknya dipotong sedikit ke dalam agar nanti senang untuk menyedut siput.
* Siput dicuci semula untuk membuang serpih kulit siput yang telah dipotong dan direbus seperti merebus kerang.
* Kemudian angkat dan toskan.
* Manakala keladi dicuci dan dipotong serong.
* Serai pula dipotong dan diketuk sedikit.
* Cuci ikan bilis dan toskan.

Cara-cara menyediakan kuah gulai;
1- Kisar cili sehingga halus, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan serbuk kunyit sehingga mendapat kuning yang dikehendaki.
3- Masukkan santan, dan masakkan kuah.
4- Kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Setelah itu, masukkan serai dan ikan bilis.
6- Masakkan seketika.
7- Kemudian masukkan pula keladi dan masak sehingga lembut.
8- Akhir sekali masukkan siput dan perisakan dengan garam.
9- Beres.

POPIAH BASAH




















Bahan Utama:
8 keping kulit popiah basah 
Bahan Inti/Isi Popiah:
50 gm tauge (dicelur)
50 gm lobak merah/wortel (dihiris halus)
50 gm sengkuang/bengkuang (dihiris halus)
50 gm buah timun (dihiris halus)
50 gm kacang panjang (dihiris halus)
50 gm udang kering/ebi (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas/siung bawang putih (dikisar)
1 sdm sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Sambal/Sos:

5 biji cili/cabai merah (dikisar/dihaluskan)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas/siung bawang putih (dikisar)
1 sdm kicap manis
1 sdm cuka
garam & gula secukupnya
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

1) Untuk bahan inti;
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kemudian masukkan sos tiram. Aduk rata hingga naik bau.
Masukkan lobak merah, kacang panjang, tauge. Aduk rata.
Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

2) Untuk bahan sambal/sos;
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar, kicap manis, garam dan gula secukup rasa, dan tambahkan cuka & sedikit air, Aduk/kacau rata. Angkat, ketepikan.

3) Seterusnya;
Ambil kulit popiah, dan sapukan/oleskan dengan sedikit sambal/sos tadi dan letakkan bahan inti/isi bersama hirisan sengkuang dan timun.

Kemudian gulung dan kemas/rapikan.

Sedia untuk dihidangkan bersama sambal/sosnya.


KETAM MASAK MERAH





















 Bahan2:

6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas




Cara2 :

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya. 
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata. 
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



TALAM KELADI




Bahan-Bahan
1 biji keladi *potong kiub kukus
2cwn tpg beras
21/2cwn air
5 sb udng kering *rendam ditumbuk
8 ulas bwng merah *mayang halus greng
1 kiub pati aym
2sb kicap
Hiasan
Daun sup/bwng
Bwng greng
Cili merah


Cara-caranya :_
Ambil lebihan myk greng bwng tumis udang kering hgga garing..tuang tpg beras yg d bancuh ngn air kacau boh kicap n kiub ayam kacau hingga kental masukan ubi keladi tutup api. Sediakan loyang yg d sapu lebihan myk greng bwng tuangkan tpg tdi ratakan dan kukus selama 30minit. Sejukan tabur bahan hiasan. Sos ikut suka






Sunday 21 December 2014

MAKARONI BAKAR





BAHAN-BAHAN :
300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa
* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :
1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.
2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.
3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

POTATO WEDGES ALA KFC





Bahan-bahan:

1. Kentang (Sebanyak yang diperlukan untuk makan)
2. Garam
3. Pati Ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk Lada Hitam


Cara - Cara Membuat :
1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal akan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.
2. Rebuskan kentang di dalam air. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa, apapun jangan la banyak sangat. Ada yang kata tak perlu direbus.Tapi bagi Chef perlu untuk melembutkan tekstur kentang.
3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang.Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
5.Kentang-kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam
lagi pedas.Peringatan kat sini,tepung gandum jangan letak air..Hehe. Masa Chef cuba resepi ini.Chef masukkan air.Tiada siapa yang ajar,manalah chef tahu. Sebabnya,kentang dah basah,nanti tepung tak lekatpada kentang.
6. Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Boleh la dihidangkan bersama mayonis dll.

BEGEDIL AYAM/DAGING




Bahan-Bahannya :

● 3 biji kentang (buang kulit dan hiris)
● ¼ kg daging ayam/lembu cincang
● Lada sulah secukup rasa
● Garam secukup rasa
● 1 genggam bawang goreng
● 1 genggam daun bawang
● 1 biji telur - dipukul
● Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-caranya :
1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada sulah.
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan leper.
4. Utk mengelakkan adunan tadi pecah semasa menggoreng, sebaik-baiknya celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Siap dah boleh dihidangkan dalam meehon sup dan sebagainya

SAMBAL TOK TOK





Ringkaskan...


Bahan2nya:-


Segenggam ikan bilis, basuh goreng garing
Sebiji bwg besar hiris kasar*
15bj cili api (boleh tambah atau kurangkan)*
2 btg cili merah patah 2*
Sesikit belacan (optional)*
Sedikit asam limau
Goreng semua bhn * hingga layu 
Agkat & tumbuk bersama ikan bilis.
Boleh tmbah sesikit gula & garam kalau suka.

SAMBAL BELACAN GORENG





Bahan-bahannya :-
Semua bahan dibawah digoreng dgn minyak sedikit.
Cili Api
Cili Besar 
Bawang Besar dihiris kasar2
Tomato di potomg kasar2
 Belacan


Blend semua bahan diatas.
Blend bersama dgn minyak lebihan yg mengoreng bahan diatas tadi( Jangan guna air untuk tahan lama).
Jangan lupa masukan garam dan gula melaka sikit.(Ikut citarasa masing2)


UDANG MASAK SOS TELOR ASIN



Bahan:

350 gram udang, belah belakang
3 ulas bawang putih, cincang
1 sudu makan air limau nipis
½ sudu teh garam
Minyak goreng secukupnya

Rempah yang dicampur:
3 sudu makan tepung beras
2 sudu sendok makan air

Lapisan tepung:
6 biji telur asin 
2 sudu makan tepung beras
3 sudu makan air
3 sudu makan mentega

Untuk Hiasan:
Salad secukupnya
Daun bawang dipotong
Cili merah dihiris nipis

Cara Membuat Resepi Masakan Udang Balut Telur Asin:
Gaulkan udang dengan bawang putih, air limau nipis, garam. Perapkan hingga meresap.

Panaskan minyak dengan api sedang , lumuri udang dengan tepung beras. Masukkan dalam minyak panas, goreng hingga masak. Angkat, toskan.

Haluskan kuning telur dengan garpu, tambahkan tepung beras, kacau rata. Tuang air, mentega, kacau hingga menjadi adonan yang kental dan licin

Panaskan kembali minyak sisa menggoreng udang, ambil 1 ekor udang, celupkan adonan telur asin. Goreng hingga kuning, angkat.

Atur salad di piring, tata udang di atasnya. Taburi daun bawang, cili hiris .Hidangkan panas-panas.

Saturday 20 December 2014

UDANG GULAI LEMAK CILI API





Bahan-bahan

1 kg udang kertas 
5 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1 ibu jari besar kunyit hidup
(kalau takde boleh pakai serbuk kunyit)
4 tangkai cili padi 
(kalau nak pedas tambah lagi buat dalam 8-10 cili padi)
1/2 ibu jari besar halia
2 hirisan lengkuas
1 batang serai dititik
Santan dua kotak kecil (1000ml)
(tapi dalam resipi ni pakai santan kelapa betul)
Garam secukup rasa
1 asam keping
Buah tomato (optional)
2 sudu minyak masak untuk menumis



Cara-cara

1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili padi sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu. Kalau tak berapa rajin tu, blendkan sahaja tapi jangan letak banyak air kerana bahan-bahan ini akan ditumis dengan sedikit minyak seperti gambar di bawah nanti. Tapi kalau pakai lesung batu, masakan lagi sedap. Cuma nak rajin sikit je. 

2. Dah lumat semua bahan, panaskan periuk dengan dua sudu minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu bersama lengkuas dan serai. Tumis sampai naik bau. Minyak yang digunakan sikit sahaja tau.

3. Dah naik bau tu, masukkan udang tadi dan tumis seketika. Kemudian masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan udang pon dah masak. Akhir sekali masukkan buah tomato.

NASI GORENG KAMPUNG

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam (dikacau-kacau)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dicincang halus)
Sebiji cili besar atau cili padi (dipotong atau diketuk-ketuk)
1 sudu kicap manis
Sedikit sayuran campuran
Sedikit daging ayam dan sotong
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah/ lada hitam
Minyak masak secukupnya
Sedikit ikan bilis goreng, bawang goreng/mentimun/tomato (pelengkapnya)

Cara Membuat Nasi Goreng Kampung:
1.Ambil kuali, panaskan dan masukkan minyak.
2.Tumiskan bawang merah dan putih serta masukkan garam, serbuk perasa, dan lada besar atau cili padi.
3.Masukkan ayam/sotong dan sayuran campuran masak hingga matang.
4. Kemudian masukkan nasi putih dan telur tadi. Kacau hingga merata.
5.Masukkan kicap manis, serbuk lada sulah/lada hitam dan masak sehingga masak.
6. Dah siap pun Nasi Goreng Kampung. Untuk melengkapkan lagi masakan tersebut, boleh potong mentimun, tomato dan jangan lupa tabur bawang goreng dan ikan bilis goreng di atas nasi tersebut.