Friday, 30 January 2015

BINGKA PANDAN



Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 50 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 15 - minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing.

No comments:

Post a Comment