1) Mula-mula sediakan stok ayam dulu.
(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)
Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam.
Tapiskan air rebusan utk masak nasi.
Ayam yang direbus stok tu akan digunakan untuk buat ayam panggang.
-----------------------------------------------------------------
(2)Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:
3 cawan beras basmathi
4-5 cawan air rebusan/stok ayam (yang disediakan di atas)
Garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
Sedikit zaffran - (boleh guna pewarna kuning)
Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus
Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min)
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
-----------------------------------------------------------------
(3) HomeMade Rempah Kabsah - Sebagai salah satu bahan untuk buat ayam panggang
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili*
1 sudu teh kunyit*
Cara penyediaan:
Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
Kemudian kisar bahan ** yang digoreng dgn bahan * sehingga hancur.
Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
-----------------------------------------------------------------
(4)Ayam Panggang
Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - boleh ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat atas utk resepi dan cara buat)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam
Aluminium foil utk balut/bungkus
Cara membuat:
Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
-----------------------------------------------------------------
(5) Sos Salata:
Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.

No comments:
Post a Comment