Sunday, 11 January 2015

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI


Bahannya :-

200gm ikan bilis
2 Papan petai
20 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
4 Sudu besar tempoyak
Sehelai daun kunyit
Garam
Sedikit air
Caranya :-
Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, petai dan garam.
Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment