Bahan-bahannya:
1 Biji kobis panjang
3 1/3 Cawan air
1 Inci halia
1 Biji lobak putih
2 Biji bawang
3 Batang daun bawang
5 Biji bawang putih
1 Cawan serbuk cili / cili kering yang telah ditumbuk
1 Cawan gula
1 Cawan garam
1 Cawan udang kering
1 Cawan air + 1 Cawan cuka + 1 Camca air lemon
Cara-caranya:
~Kobis dibelah empat atau lapan kemudiannya basuh bersih dan toskan sehingga benar-benar kering, setelah itu dijemur dibawah sinar matahari sehingga betul-betul layu.
~Tuang garam ke dalam air dan kacau hingga benar-benar larut. Kemudian campurkan dengan cuka dan lemon. Masukkan kobis kedalam bekas, baldi atau tupperwear jenis tinggi. Susun elok didalamnya kemudian tuangkan larutan campuran air garam ke atas kobis.
~Letakkan piring atau tudung periuk diatas kobis dan tindihkan dengan benda berat supaya kobis itu tertekan. Biarkan selama 24 jam.
~Alih-alihkan kedudukan kobis sekurang-kurangnya 2 kali dalam waktu itu. Akhirnya tahap air garam akan melebihi kobis.
~Sementara itu potong lobak ikut suka, daun bawang dan bawang. Parut halia, bawang putih dan mesin cili kering.
~Keluarkan kobis, cuci dalam air sejuk dan perah hingga keluar semua air garam.
~Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuangkan semua ramuan cili, udang kering,lobak, daun bawang, bawang, halia dan bawang putih.
~Gaulkan supaya sebati, kenakan cili sehingga ke dalam kelopak-kelopak kobis. Biarkan selama seminggu dan anda akan mendapat hasilnya. Ubah ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.
**Kimchi enak dicampurkan ke dalam masak lemak cili api , dibuat sup ataupun digoreng begitu sahaja bersama tauge. Ataupun selepas dikeluarkan dibasuh dimayang halus dan dijadikan ulam.
**Selain kobis panjang, kobis biasa dan timun juga sangat enak dibuat kimchii.

No comments:
Post a Comment